Sunday 30 December 2012

Yang DICARI

Salam Mabruk Muqaddam

Untuk semua Graduan Harapan Ummah.

Moga titian BAHAGIA ini menjadi batu loncatan kepada bahagianya UMMAH yang menunggu kalian sekian lamanya.
Setelah hampir 15 tahun atau lebih, kalian berjuang kini ALLAH sampaikan kalian di penghujung titian ini. Satu yang mahu DIA kalian tahu, penghujung ini, bukanlah penghujung segala-galanya. Andai kalian menilai ini yang terakhir, maka, harus sama-sama kita muhasabah,di mana letak niat kita yang sebenarnya?
Menempuh segala permasalahan dlam masa 15 tahun bukanlah sesuatu yang kecil, jika diamati bagaimana,datang dan pergi permasalahn itu pasti kita sama-sama tersenyum. Mengenang masa yang kita tempuhi dahulu.

Setelah 15 tahun ini ber akhir, harus ada sesuatu dalam diri kalian, meneruskan misi 'YANG DICARI?'
Cita-cita telah direalisasi, impian telah dipenuhi cuma jumpakah apa apa YANG 'DICARI?'
Apa yang kalian cari selama 15 tahun ini?

Kerja yang BAGUS?

Harta yang MELIMPAH?

Jodoh yang SEMPURNA?

Pangkat yang BESAR?

harus sama- sama buat 'checklist'!
takut-takut tersasar dari dasar yang utama?

Ingatlah,
Hidup kita bukan hanya milik kita!
Hidup kita adalah untuk perkongsin BERSAMA!
Hidup ini bukan percuma, hidup ini ada perdagangannya!
Cuma kita yang harus bijak menongkahnya, agar kita pemilik bahagia yang hakiki.

Tidak salah mendambakan Kerja yang BAGUS, andai habuannya untuk perkongsian BERSAMA tidak kira sama ada apa yang dikongsi itu dalam bentuk material mahupun spritual!
Tidak salah andai mengharapkan Harta yang MELIMPAH andai ianya diurus secara sistematik dan diperuntukkan untuk mereka yang BERHAK,
Tidak salah andai mengimpikan Jodoh yang SEMPURNA, andai pertalian itu diinfaqkan ke jalanNYA, menampung kekurangan, menngilap kelebihan pembangunan modal insan,
jua tetap tidak menjadi satu kesalahan andai bercita-cita untuk mendapatkan Pangkat yang BESAR, asal nanti semua kekuasaan itu bisa membenam keduniaan di sisi keakhiratan....

Kita manusia biasa yang memiliki keinginan yang sama seiring dengan ada fitrah dan nafsu yang tercipta.
Namun ALLAH mahu kita menjadi yang LUAR BIASA. DIA mahu kita mencipta diri kita ke arah yang lebih ISTIMEWA melalui kejadian kita yang biasa-biasa. Mampukah kita?
Kita pasti MAMPU dan TERLEBIH MAMPU kerna ALLAH jua meyakini kita memang MAMPU!

Lihat sahaja sorotan ayat ALLAH yang menukilkansejarah penciptaan kita?
Bagaimana sang MALAIKAT bertanya dengan persoalan lalu DIA menjawab dengan jawapan?

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".




 
Kita akan menjadi kita yang sekarang, 
andai kita tidak mencorak masa depan dengan terang,
kita tak akan menjadi kita yang baru,
andai kita masih leka dengan kenikmatin yang sentiasa menderu ...   


Selamat menempuh alam baru untuk 'jiwa-jiwa' yang sedang berbahagia. Teruskan misi kebahagiaan ini dalam menyempurnakan apa 'YANG DICARI'
semoga kalian menjadi generasi tentera AL-FATEH  versi alaf 21.
Selamat mengemudi alam ummah yang banyak kekurangan yang sentiasa menunggu 'tangan-tangan' kalian untuk mengislahnya.

Doakan ana yang masih meniti hari, sedikit ketinggalan, dan ada rasa sedikit terkilan jua penyesalan, yang kadang-kadang datang tanpa sedar. hamdan liLLAH ala kulli hal belajar menjadi insan yang REDHA. 
MEMERHATI DAN MENIKMATI dua posisi yang berbeza,
ana yang menjadi si pemerhati,
kalian menjadi mereka yang menikmati,
namun kehidupan yang hakiki, tidak membezakan posisi-posisi ini,
kalian harus beringat,
ana juga perlu beringat...


doakan ana, sedang meniti alam peperiksaan tahun 1, fasa 1, pengjian bahasa arab. 
Serius,rindu masa kita bersama, suasana exam kita di sana.
hamdan liLLAh jika ditanya BAGAIMANA???
biar ana jawab.......
Hamdan liLLAH kheir semuanya tahu sebab apa???
bukan seronok sebab boleh jawab!!
bukan gembira sebab soalan senang!!
 sebenarnya ada jer soalan yang tak 'tergigit'
ada jer soalan yang DUKTURAH yang tak berbalas jawapan...

KHEIR sebab, ALLAH bagi KETENANGAN,
walau tersasar dari dasar,
walau hilang kefokusan dan keyakinan,
memang awesome!!!
tak tahu nak gambarkan camna...

Dalam masa 2 tahun ni, banyak ana belajar,
 biarpun sering diuji.
biarpun sering terduduk
memikirkan masa hadapan,
walaupun sentiasa keraguan,
walaupun sentiasa tiada keyakinan,
tapi.....
satu yang ana sangat bahagia,
DIA cipta KELOMPONGAN,
lalu DIA yang akan TAMPAL semula....
kehidupan kita semua sama....
Doakan ana yer SAHABAT-SAHABAT
 

salam JUanG tanpa HenTI,
 moga kalian BAHAGIA meniti PASTI..

-adilah mohd safiuddin-
el-toob ramly,madinah nasr,
Cairo, Egypt

 


Tuesday 27 November 2012

...:::IBU motivator TERBAIK:::...

Menjadi manusia yang terarah, setiap jiwa harus menempuh jalan mujahadah. Sedikit sebanyak fizikal dan mental harus diperkemas,  menempa bahagia pemberian dan anugerah, menempuh sakit jatuh dan rebah. Sekuat mana pun jiwa kita, setebal mana pun keampuhan semangat kita, adakalanya kita tersasar dalam pemanduan menuju langit impian dan harapan. Bukan tidak masak dengan lumrah alam, tapi  tak betah bertahan dengan godaan dan cabarannya yang seringkali menganyam kelekaan dan kelemahan dalam diri.

Benar ALLAH, sudah menjanjikan pelbagai pertolongan melalui pelbagai cara dan jalan. Tapi yang namanya manusia, mereka seringkali leka dan lupa. Sirna menilai intipati seruanNYA. Dalam masa itu, ALLAH tahu, jiwa-jiwa ini memerlukan perantaraan yang lebih zahir dan nyata untuk membimbing menyelusuri jalanNYA. Selain kekasihNYA, ULAMA'NYA ada satu jiwa yang  tak pernah lelah memberi, tak pernah berhenti menemani. tika bahagia, 'dia' teman, tuka kecewa 'dia' kawan. Setiap masa, bila helaan nafas terhela, semangat'nya' dibawa.

Ibu,
selama nadi berdetak,
selama jasad bergerak,
ada kekuatanmu yang mencorak,
langkah sang anak..

Biar engkau hanya seorang ibu,
namun posisimu beribu,
kasihmu,
sayangmu,
cintamu,
kekuatanmu,
keluhuranmu,
bukan palsu....

Ibu,
kau kongsi kekuatanmu, biar engkau sebenarnya kelemahan,
kau pertaruhkan masamu biarpun engkau kelelahan,
engkau korbankan segalanya biarpun engkau tahu tiada sebarang pulangan...


Jiwa sang ibu, bukan sebarang jiwa. ALLAH hadirkan buat kita, melindungi, memelihara, menyayangi kita setulus hati. Dia hanya insan biasa seperti kita, tapi jiwanya ibarat dunia dan seisinya.


-Terlalu merindui IBU-
biar tiap-tiap hari, dia dihubungi, namun sang hati tak pernah berhenti merindui....

Tuesday 20 November 2012

Episod TARBIAH

Rindu menyingkap tadbir kenangan semalam...

Peredaran masa yang penuh dengan tinta-tinta TARBIAH,
Setiap detik terlukis hikmah & pengajaran,
Setiap masa terlakar indah peringatan,
Walau rimas diikat peraturan,
Walau jemu menjalani rutin harian,
Tapi di situlah terselit erti kebahagiaan...

Teringat,

Bagaimana kerahan tenaga seorang GURU mencetak rapi sahsiah peribadi generasi harapan ummah. Masa MEREKA disusun sepadat mungkin,hingga medan ini menjadi keutamaan yang paling AULA. Tidak cukup dengan itu,waktu-waktu kerehatan yang MEREKA ada,habis diinfaqkan untuk jiwa-jiwa yang baru merangkak untuk bermula. MEREKA tidak pernah mengeluh apatah lagi mengungkit,sedangkan MEREKA sendiri tidak pernah dijamin dengan sebarang KEPASTIAN ataupun KENYATAAN bahawa jiwa-jiwa yang MEREKA pegang inilah bakal menggegar dunia...

Hari ini,
Setelah menempuh warna-warni pentarbiahan,
Ada senyuman kebahagiaan yang terlakar,
Sedangkan dahulu,
Jiwa ini memberontak menyelusuri manhaj-manhaj pentarbiahan,
Ada sahaja keluhan,ada sahaja rungutan,
Namun hari ini,
Semua itu menjadi kebiasaan & kemestian,
Bayangkan...
Usrah,Nadwah,Tamrin,Mukhayyam,Simposium...
Belum lagi diperincikan dengan taklifan &wirid harian...
Bak kata jiwa yang buta "dah nak termuntah menghadap ini semua"...

Bila namanya TARBIAH,
Tidak semua orang suka & boleh terima dengan selesa,
Ada sahaja bila tiba waktu & ketika,
Jiwa ini resah & gelisah dibakar nafsu...
Manakan sanggup bertahan bila TARBIAH ini diteruskan,
Makaa,
Bermula pula epiaod 'IQAB pelbagai variasi,
Menjinakkan nafsu yang tegar menghindari sentuhan tarbiah...

-------------------------

Paling bermaka, kebahagiaan hari ini,
Milik jiwa-jiwa ini hakiki dan ma'nawi..

Pernah satu ketika, GURU saya berpesan...
ALLAH itu dicintai oleh berjuta-juta jiwa bahkan lebih dari itu, walau DIA sudah memilih jiwa-jiwa yang tertentu menjadi ahbabNYA, kita jangan pernah berhenti untuk terus memilih DIA menjadi kecintaan kita yang TERUTAMA..benar... kita haqir...betul....kita faqir... Tapi dengan kesungguhan kita inilah tanggungjawab dan amanah yang tidak bisa kita abaikan. Menjadi antara AhbabNYA memang keinginan kita...tapi menjadi hamba yg x berputus asa itu adlah tanggungjawab & amanah kita...jangan berhenti walau DIA tidak memandang kita...dan ketahuilah itulah sebenar2 nikmat agar kita terus mencari DIA...usah bimbang, jika benar niat kita, PANDANGAN itu disimpan istimewa untuk kita di akhirat sana..."

~merindui hujanan tarbiah membasahi gersang sang hati..~

Andai saya tersasar...capai tangan ini, sebelum hati keras membatu...
ALLAH.

Saturday 17 November 2012

CINTA YANG SIRNA

...:: Pentas sketsa CINTA SANG HAMBA::...


Pentas dunia ini sememangnya dijadikan untuk kita sama-sama beraksi. Bukan memeperlihatkan kehebatan kepada alam dan seisinya. Bukan jua menempa sejarah untuk disanjung dan diangkat tinggi. Pentas ini hanya tempat untuk kita beraksi memperlihatkan kesungguhan kita mendapatkanNYA. Biarlah menapak lambat mahupun berlari cepat, itu semua bukan ukuran, yang menjadi pokoknya ialah kekuatan dalam memacu keinginan dan kemahuan kita mencari pandanganNYA. Pandangan yang tiada tandingan, andai terpanah ke hati, maka tertusuk iman, lalu mengalir fitrah yang  merindui sentuhan DIA.

Kerinduan yang diterjemah dengan air mata, belum cukup untuk mencagar makna kemahuan kepadaNYA. Jiwa yang sedar adalah jiwa yang sentiasa bergerak dengan pembersihan hati, akal dan jawarih. SYURGA, tidak cukup dibayar dengan amalan soleh dan kebajikan yang berterusan. Andai DIA menyingkap bersih gunungan amal seorang hamba, adakah semuanya bersih tanpa palitan noda yang mencemarinya.

alangkah ruginya buat jiwa yang disentuh DIA, lalu mati dek palitan kenikmatan dunia. Lihatlah betapa 'nikmat'nya dunia di pandangan manusia yang mencabut indah getaran sentuhanNYA. betapa banayk jiwa yang dihargaiNYA, tersasar di pemanduan kerna sedikit jelingan yang dipaling kepada dunia dan seisinya......

"Andai sang jiwa tahu,
betapa DIA merindu,
rintihan yang bertalu-talu,
tidak berhenti-henti mengadu,
sudah pasti.
dunia itu ditinggalkan berlalu tanpa ragu..."


Belajarlah mebaiki jiwa, sedikit demi sedikit,,,,,
hanya satu yang perlu dipegang,buang keegoaan yang melulu, di dunia ini, hanya hukum alam yang melebihkan manusi dengan manusia lain melalui kayu ukur KELEBIHAN & KEBOLEHAN...
tapi DIA hanya mengukur cukup dengan mizan TAQWA.....
tidak kira peribadi dan latar belakang apatah lagi rupa dan gaya.....


Sudah lama kita tidur... di pembaringan keasyikan dunia...
dibuai indah kenikmatan dan kesenangan,
disogok kemewahan dan kemudahan....
Bukan tidak sedar tapi lambat menangkap erti kecintaan dan kerinduan yang sebenar....

Mahukan DIA,
kesenangan itu mesti diganti dengan kesusahan,
kemudahan itu perlu ditukar kepada kepayahan,
kemewahan itu dikurangkan kepada kesederhanaan...
Mahukan DIA,
perlu konsisten dan berterusan,
bukan seperti main 'aci ligan'
berhenti bila keletihan..



~ sedang mencintai DIA, tapi gagal berjuta kali di tangan 'dunia'~
alpa disogok kenikmatan,tenggelam di lautan keseronokan...
tanpa sedar, hati ini lemas tanpa kata rindu dari TUHAN,
mencari tebing simpati dari DIA...

Saturday 10 November 2012

SAAT PECAHNYA PERSPEKTIF BATU

kenangan lalu, memaku rindu


Dulu , jahil memahami erti ukhuwah, tidak mampu menilai dan menghayati erti ukhuwah. Yang difahamai, kalau berukhuwah mesti semuanya yang bahagia-bahagia. Mesti Sahabat yang memahami, mesti Sahabat yang satu fikrah, mesti Sahabat yang sama 'dunia'nya dengan jiwa....Aduh...susah ditemukan.....
Benarlah perrbezaan itu mengajat erti menghargai. Perbedaan yang ada sebenarnya perlu dipandang tinggi kerna ia membuatkan kita memahami erti keunikan. Jujur, andai anda selalu melalui rentak perjalanan ynag sama, anda lupa memberi perhatian pada sekeliling. Dalam pemikiran anda semua benda sama, baik-baik, tak perlu difikirkan apatah lagi dirisaukan. 

Tiada ekspresi yang menarik untuk digambarkan pada dunia, bahawa kehidupan ini luar biasa, kerna, saban waktu, saban ketika, masih menjalani benda yang sama. Dulu saya masih ingat, bagaimana saya menilai ukhuwah di perspektif saya....cukup buruk. Hanya berada di satu persada lalu berlegar-legar di sekelilingnya. Bila saya berjalan sedikit demi sedikit,memecahkan keras perspeksi yang 'batu' ini, akhirnya saya temukan percikan aliran rasa yang begitu selesa, benar, biar susah melaluinya, tapi itulah keputusannya. memahami orang lain, mengerti kemahuan dan kehendak mereka, menjiwai keperibadian mereka, membaca halus sikap mereka, susah kita temukan walau hanya 25% perkara yang SAMA dan SERUPA.
Tapi setelah bisa mengemudinya, ia dirasakan amat mmaku bahagia dalam jiwa. kita belajar untuk menyesuaikan diri, mengawal diri, berkongsi dan melengkapi.

sedar, untu menjiwai kisah yang semalam saya pasti yidak ampu kembali! walau hanya seditik. Tapi DIA tetap beri hari,waktu,masa,saat dan ketika ini. Saya mahu menghaggai dengan sedaya mampu . Bikan membuang diri yang dulu tapi meng'upgrade' sejarah yang sudah berlalu. Masa silih berganti, mengajar saya banyak pelajaran, Mungkin hanya secebis dua yang di mata  manusia bukan apa2. Tapi bagi saya, ia amat bermakna. Saya dah tertibggal banyak benilaian lebih 20 tahun yang lalu, saya kini hanya mahu berjalan ke hadapan mencari nilai baru untuk dipraktik dalam keadaan semasa dan menilai apa yang telah lalu.

Saya amat merindui jiwa-jiwa yang menemani saya berjalan satu ketika dulu. Ingat bagaimana jurang di antara kami, mencetus revolusi yang menyebabkan kami saling membenci bila tiba waktu dan ketikanya. Membuat kami saling menyakiti untuk menjaga ego dalam diri.... Itu dulu... kini, saya rasakan saya temukan apa kebahagiaan dan ketenangan di sebalik semua itu...biar sudah terlambat untuk menunjukkkan dan melakukannya tapi masih BELUM TERLAMBAT untuk saya menyatakannya.
Manusia....sering-sering mengungkit kisah yang sudah terlepas. sedikit demi sedikit,fitrah ini, bukan untuk kita meratapi apa yang telah lalu tapi sebenarnya bersedia belajar dari kisah lepas untuk mencipta peluang baru di masa hadapan. Kini, saya menghayati ukhuwah dengan perspektif yang baru.....


Friday 26 October 2012

di sebalik CINTA & PENGORBANAN

"menyukat nilai CINTA yang ada dalam diri kita, kadang kala,meletihkan dan melelahkan jiwa yang berdegup dengan penuh harapan"

Nadi tegar berdetak sambil membisikkan pada jiwa, untuk terus bertahan meneruskan kehidupan.
andai hidup ini bukan cagaran kepada KEBAHAGIAAN akhirat sudah pasti hilang nilai & etika kemanusiaan yang memagar lapangan KEHENDAK manusia.
untuk bahagia, dalam diri perlu ada CINTA, mencintai setiap inci ruang kehiupan ini, mmpu membuatkan kita membina kekuatan untuk menjadi yang terbaik setiap masa dan ketika.
Untuk memilki CINTA yang teguh, setiap saat nadi kita berdetak,setiap kali hati kita berdegup, setiap ketika anggot kita bergerak kita harus PERCAYA. PERCAYA pada apa yang akan kita lakukan dan bakal berlaku. Tanpa KEPERCAYAAN tidak mungkin kehidupan ini mampu dihadapi. Bila KEPERCAYAAN mula tumbuh dalam hati, maka kecintaan akan lahir secara 'alami.

::..CINTA SEBENARNYA MENDAMAIKAN KALA KEPERCAYAAN TUNJANGNYA...::

HARI RAYA AIDILADHA adalah perayaan yang diadaptasi dari kisah pengorbanan NABI IBRAHIM & NABI ISMAIL A.S serta SAIDATINA HAJAR. Betapa kisah ini menyimba sinar keinsafan dalam jiwa manusia dalam menghadapi kehidupan. 
PENGORBANAN akan datang dari rasa CINTA, CINTA pula akan terbina bila mengalir KEPERCAYAAN.
kehidupan ini bukan sekadar tempat untuk kita MENIKMATI anugerah dan mehnah. kehidupan ini lebih dari itu, kehidupan ini perlu dihayati dan difahami. 
Masakan jiwa-jiwa yang menghela nafas dalam ruang kehidupan ini akan lupa bagaimana mereka tercipta? Semuanya bermula daripada kepercayaan ALLAH kepada makhluk yang bergelar manusia. lihat saja sirah yang mengundang pertanyaan dalam makhluk yang bernama malaikat yang tidak pernah culas menumpahkan setia kepadaNYA.
menghargai sesebuah kepercayaan itu harus kita terjemahkan dengan segenap kudrat yang kita ada, cuba sehabis mampu, berusaha dengan jitu untuk menyatakan ketulusn kita mensyukuri hadirnya nikmat itu. Tanpa kita sedar, inilah yang dimaksudkan dengan pengorbanan. Kita semua tahu pengorbanan itu tidak mudah untuk kita lakukan andai jiwa belum mantap memahaminya. Tetapi satu perkara yang kita pelu tahu, demi nyawa yang ada dalam jasad kita, semua itu harus kita lakukan demi mengecapi kehidupan yang aman, sejahtera serta diredhai ALLAH.

"Sejarah sudah memberitahu kita, bagaimana kuat jiwa seorang wanita yang bernama HAJAR melakukan pengorbanan, ditinggalkan suaminya IBRAHIM A.S di lembah yang gersang, demi CINTA nya kepada ALLAH .  Betapa cekal naluri seorang bapa merelakan anaknya dikorbankan hanya semata-mata kerana ALLAH, tidak akan kita jumpa melainkan ia jiwa IBRAHIM A.S. tegarkah kita mencontohi taat seorang anak yang meyakinkan ayahnya dengan perintah ALLAH, walau kesudahannya, jiwa itu yang akan binasa? Mustahil untuk kita temui melainkan ia adalah ISMAIL A,S" 

Semua ini mampu dilkukakAn bila terbit CINTA yang tunjangnya KEPERCAAAN, NAMUN hari ini,rAmai yang salah  memahami konsep CINTA. maka keran CINTA , alam ini dipenuhi kemungkaran & kerosakan. ayuh, kita sama-sama betulkan mentaliti kita semua dengan meneladani  kisah CINTA & PENGORBANAN YANG SEBENAR, SEMPENA EID ADHA YANG KITA RAIKAN.

CINTA ITU TIADA PAKSAAN

UNTUK MENCINTAI, KITA TIDAK BOLEH MEMAKSA TAPI KITA HARUS MENCUBA. namun untuk mencintai ALAH, adakalanya usaha  ke arah itu perlu kita paksakan, kerana fitrah manusia itu lumrah dan amat sukakan hiburan, sedangkan jalan menuju ALLAH itu penuh dengan cabaran dan dugaan. pesan MURABBI saya, jiwa yang lemah ini, harus dididik dan ditarbiah sebaik mungkin, ALLAH sudah memberi CINTANYA kepada kita, maka kita mesti berkorban untuk memberikan sepenuh ketaatan kepadaNYA.

***********************************************************************

di sebalik CINTA & PENGORBANAN,
terselit pengajaran yang tersimpan,
harus dicari dan dizahirkan,
agar kita tahu menghargai kehidupan...

di sebalik CINTA & PENORBAA,
ada kesukaran yang mesti ditempuhi,
ada kekuatan yang mesti kita cari,
agar mampu bertahan di alam realiti..

di sebalik CINTA & PENGoRBANAN,
bukan semua kesukan itu pahit,
bukan semua kekecewaan itu sakit
kerna pelangi kebahagiaan itu,
hanya bisa muncul dari titisan-titisan hujan yang keperitan...

cinta??? berkorbanlah!!!!
lakukan dengan penuh kepercayaan yng didasari pemahaman dan pennghayatan yang sebenar...



Monday 22 October 2012

MEMBEBAT LUKA CINTA

 

Cinta yang datang,
halus menerpa hati yang gersang,
benar ada rasa yang menyerang
biar cita-cita sebenarnya mengekang,
tapi fitrah bukan sesuatu yang bisa dihalang...

Semalam,
bagaikan baru berlaku,
Cinta itu aku lupakan,
lantaran cita-cita ku yang sudah mula mencecah awanan,
kataku..."impian cinta ini masih boleh ku bina"
dengan segala kekuatan aku melangkah ke hadapan...

Hari ini,
benar, ada rasa yang mengusik jiwa, 
aku sedikit terkilan kerana cinta,
bukan kerana tragis perjalanannya,
ataupun suram episod suratannya,
tapi...
sebenarnya,
aku merasakan ada nilai yang aku pinggirkan.
CINTA,
bukan semata-mata CINTA...


Di ketika ini,
aku tidak pernah menyesal kerana memilih CITA-CITA,
kerna dari luka CINTA yng semlam,
aku mampu bina berjuta CINTA dalam jiwa,
Konsep Cinta tidak boleh dikecilkan ,
hanya semata-mata kepada fitrah manusia,
bahkah ERTI CINTA yang SEBENAR,
 ialah meraikan kehormatan setiap jiwa.....

Membebat luka CINTA,
meraikan kekurangan,
Menghargai kebersamaan,
memanfaatkan kelebihan...


mencari NILAI kehidupan di sebalik tabir CABARAN

semalam, hati saya ditabrak kesyukuran,
kata hati "alhamdulillah, ALLAH masih sayangkan aku"
masakan tidak, setelah hati saya terkulai layu dimamah perit cabaran,
ALLAH datangkan kebahagiaan walau hanya sekadar ingatan yang menenangkan...
Setelah lama saya berhenti menggerakkan jiwa saya untuk mengejar cita-cita,
hari ini,, saya sedar dan bertambah sedar betapa pentingnya azam dan harapan...
saya sebenarnya  takut untuk melangkah ke hadapan bila saya meletakkan masa silam sebagai ukuran dalam kehidupan .
anda tahu betapa takutnya saya???
Seringkali saya membayangkan dunia ini tiada tempat untuk menempatkan orang yang PENGECUT seperti saya. 
Mengapa????
Sejak akhir-akhir ini, ALLAH seringkali memilih saya untuk diuji....
sepatutnya jiwa-jiwa sang mukmin akan merasakan bahagia, yelah SANG PENCIPTA mengirim kiriman rinduNYA..bahkan bukan setakat itu, jiwa-jiwa ini, akan meminta-minta untuk terus diulit ujian jika itu yang membuatkan ALLAH redha dengan mereka. 
Tapi entah..di mana silapnya...hati saya belum cukup utuh untuk menerima CABARAN...
semakin kuat saya diasak cabaran, semakin mundur langkah saya dalam berjalan walhal saya mengerti dan memahami tinta-tinta ALLAH di dalam AL-QURAN
menempuhi hari yang mendatang, ibarat meletakkan diri di tengah lawan..
saya tidak mampu berjalan ke hadapan bahkan hanya membatu kesepian...
tanpa sedar, saya bukan sahaja membunuh keyakinan dalam jiwa, tapi saya turut melumur fitnah untuk  agama. 
Ibarat  baru tersedardari lena,
saya mencuba untuk menggali semula sang jiwa, di mana hilangnya semangat saya???
saya cari, dan terus mencari, walau sebenarnya saya tidak mahu melangkah ke hadapan, kena saya percaya, kehidupan tetap akan sama, tak da apa yang akan berubah....
ternya sya silap dalam percaturan.

CATUR KEHIDUPAN INI MILIK ALLAH,

saya hanya buahnya, yang akan ditolak kehadapan belakang, ke kiri jua ke kanan
berdasarkan keinginan si pemilik.
maka dengan itu, saya bermonolog, apakah TUHAN akan mensia-siakan aku?
saya percaya, walau saya bukan siapa-siapa tapi dengan KUASA YANG MAHA ESA,
takdir kehidupan saya bisa berubah asalkan saya mahu  mencuba....
Jelas akhirya saya menemukan nilai kehidupan di tabir cabaran...
saya yang buta, CABARAN yang datang bukan semata-mata untuk ditatap tanpa disingkap....
kerna saya sebenarnya takut.....
minda saya berkata, di sebalik cabaran hanya ada kesusahan, kesedihan dan kekecewaan...
tapi saya lupa ...SETIAP KESUSAHAN BERSAMANYA KESENANGAN,
begitu juga kecewa, di belakangnya, pasti ada gembira.....
 APAKAH susah menilai CINTA????
kini saya belajar melangkah walau tersadung rebah di tengah-tengah.....
kerna saya tidak mahu terus tertinggal dimamah luka dunia, sedangkan di hadapan sana ada ubat  menuju syurga.....
doakan saya

Thursday 18 October 2012

yang namanya RINDU

yang namanya RINDU


rindu...

melihat keletah anak-anak kecil,
membuatkan saya termenung seketika,
bagaimana agaknya anakanak kecil ini pada masa hadapan???
Bisakah menjadi seperti Zaid bin Harithah? mungkinkah  membesar seperti Salahuddin Al-Ayubi ?
Atau adakah semangat sekental Sultan Muhammad Al-Fateh?
Kepetehan mereka ketika bertutur, 
Kelincahan mereka ketika bergerak,
Kesungguhan mereka untuk mengetahui,
Semangat mereka untuk memiliki....
mengingatkan saya, bahawa hidup ini indah sebenarnya...
Cabaran bukan halangan,
malah cabaran itu adalah kekuatan yang mematangkan.....

Keinginan  & Impian saya mungkin tinggi, 
mahu melihat generasi harapan ini maju sejajar kemajuan tamadun,
tapi apakah ini hanya mimpi yang tidak mungkin akan terjadi...
Realiti itu memang tidak mudah,
tapi bukankah semua kenyataan bermula dari harapan dan angan-angan?
Saya mahu melihat adanya generasi harapan yang mampu sama-sama membantu dalam pembinaan modal insan, membaiki kerosakan, mencegah kemungkaran. 
TIDAK MUDAH tapi TIDAK MUSTAHIL
mencari kekuatan untuk membaiki kekurangan dalam diri,
sedang mencari yang masih lagi sirna.....
moga akan terbit satu kenyataan di ufuk kemodenan dunia,
agar semua orang tahu kegelapan dari kejahilan manusia masih ada penawarnya....

 ...rindu...

tadahan doa dipanjatkan, bagaimana gemilang generasi pemuda yang dicetak dengan manhaj nubuwah???
untaian harapan disasarkan, bagaimana kenyataan akan muncul tanpa cabaran???
 kala ini, rasa ada satu kuasa yang sedang menggerakkan,
tika ini, rasa ada satu semangat yang meraikan,
waktu ini, kekuatan terbina di celah kerinduan.....
apakah ini semua akan hilang bila musim RINDU ini berlalu pergi???
mohon doa....
*merindui adik-adik yang sedang berjihad menuntut ilmu di bumi MALAYSIA. Mahu mereka menjadi generasi harapan yang diharapkan.*

Langkah BERMULA

BISMILLLAH

Ku jejak juga ke hadapan...
Harapan bukan sebarang harapan,
mahu baiki  kekurangan,
 mahu berkongsi apa adanya...

menjadi orang yang membuat pilihan, bukan mudah,
semua sudut harus dipandang, bimbang tersalah pilihan..
alhamduLILLAH...akhirnya ALLAH gerakkan jari
menukil sedikit perkongsian, catatan, pengalaman & pandangan di medan ini.
Mengharap yang terbaik....
Hidup ini unik, apa yang dimiliki, belum tentu dirasai orang lain,
begitu juga sebaliknya....
mahu berjalan bukan sekadar sebagai seorang musafir kelana,,,
tapi mahu jadi lebih bagus dari itu....

...doakan saya...
pencarian yang sirna ini perit, kelihatan matlamatnya sudah ada, jalannya sudah tersedia tetapi tak bisa-bisa juga dikecapi... tahu kenapa....kerana PANDANGAN YANG SIRNA