Thursday 20 June 2013

Rabbani yang diNANTI

Merentas masa hadapan,
jangan hanya dengan angan-angan,
Langkah pastikan sepadan,
dengan niat dan keinginan,
Jangan dilupa titik kejayaan,
dengan rantaian pergantungan tanpa keraguan.

HamdanliLLAH, 
Usai melaui fatrah imtihan di sini.jujur bisik sang hati, aku sendiri tak nampak apa yang telah aku lalui. Hanya berjalan, fokus, lalu aku tinggalkan. Pengemudian ini rasa seperti satu bebanan jika dibiar terus memandang masa hadapan dengan percaturan sendiri. Biarlah DIA yang mengemusdi laluan bahtera ini dengan ikhtiar yang mampu aku beri.
Hari pertama, selepas imtihan, saat mata terbuka melihat dunia, ada rasa gelisah yang menerpa.Menjengah lemah hati manusia.Apa yang akan aku lakukan seelepas ini? Sebelum ini, aku lalui hari-hariku dengan kesibukan menelaah dan membaca lambakan muqarrar yang di'tahdid' DUKTUR. Tapi apa selepas ini, hari-hariku akan tetap terisi atau sia-sia berlalu pergi?
Takut, jika takdirku terpacu atas nafsu yang mencemburui. Aku manusia biasa yang tak lepas dari leka. Saat imtihan diumum tamat, aku juga merasaikan erti kebebasan. Bebas dari diikat  sarat bebanan kefahaman. 

Hati manusia, berubah-ubah,sekejap begitu, sekejap begini.
Maka, sememangnya perlu selalu dicuci.Bukan dsetakat dengan graf keyakinan yang tinggi, tapi pergantungan diri dengan ILAHI yang mesti sering-sering diperbaiki.
Sempena hadirnya RAMADHAN yang dirindui,
ada banyak persiapan diri yang harus dijaga rapi, jasad,hati,akal nurani. Semunya mempengaruhi jati diri insan rabbani. Rindu untuk ditabrak rindu kepada ILAHI.rindu untuk dilambung gelora cinta kepada NABI. Tapi semua itu tidak akan terhasil sendiri tanpa ada persiapan yang mengiringi,
Masakan kita katakan kita cinta, tapi kita sendiri tidak bersedia.masakan kita kata kita bahagia walhal kita sendiri tidak pernah berusah mengecapinya.

Kesempatan ini, kita sendiri tak pasti, apakah ada kekuatan untuk menempa haruman nan setanggi, mencipta diri  berdiri di 'podium' insan rabbani yang hakiki. Masa tidak akan menunggu kita.. Andai terlepas peluang hari ini, sekejap lagi kita masih bisa. Detik yang banyak dan berganda, peluang yang datang dan menimpa banyak tidak terkira. Kitalah yang menentukan dan akan  memaknakan kehidupan.

Mencipta diri, 
untuk jadi yang hakiki,
jangan tunggu saat bila kita akan pergi.
Mungkin jadi, 
kita tidak akan rasa nikmatnya resah sang abdi,
dalam pengembaraan yang cuma seinci...