Monday 22 October 2012

MEMBEBAT LUKA CINTA

 

Cinta yang datang,
halus menerpa hati yang gersang,
benar ada rasa yang menyerang
biar cita-cita sebenarnya mengekang,
tapi fitrah bukan sesuatu yang bisa dihalang...

Semalam,
bagaikan baru berlaku,
Cinta itu aku lupakan,
lantaran cita-cita ku yang sudah mula mencecah awanan,
kataku..."impian cinta ini masih boleh ku bina"
dengan segala kekuatan aku melangkah ke hadapan...

Hari ini,
benar, ada rasa yang mengusik jiwa, 
aku sedikit terkilan kerana cinta,
bukan kerana tragis perjalanannya,
ataupun suram episod suratannya,
tapi...
sebenarnya,
aku merasakan ada nilai yang aku pinggirkan.
CINTA,
bukan semata-mata CINTA...


Di ketika ini,
aku tidak pernah menyesal kerana memilih CITA-CITA,
kerna dari luka CINTA yng semlam,
aku mampu bina berjuta CINTA dalam jiwa,
Konsep Cinta tidak boleh dikecilkan ,
hanya semata-mata kepada fitrah manusia,
bahkah ERTI CINTA yang SEBENAR,
 ialah meraikan kehormatan setiap jiwa.....

Membebat luka CINTA,
meraikan kekurangan,
Menghargai kebersamaan,
memanfaatkan kelebihan...


No comments :

Post a Comment