Membina jati diri Muslim yang sejati,
harus bersikap teliti,bukan hanya ambil dan terus berdiri pasti,
Menjadi Insan yang terarah,
bila mana selalu dikunjungi anugerah, harus sentiasa bertambah rasa syukur dan merendah diri. Biar dilambung tinggi dan semakin tinggi, tapi hati harus sentiasa terisi dengan rasa rendah . Kerna suatu hari kita akan jatuh dan terhentak diam tanpa kata. Bukankah hidup ini umpama roda?
Bila rebah jangan lama -lama menadah pasrah.Pasrah yang bermakna adalah rasa pasrah yang digubah indah bersama 'IBRAH & HIKMAH.
NAMUN,
Walau berjuta kali bangkit dari rebah, itu bukanlah jaminan yang pasti bahawa kita akan kembali bangun berdiri tanpa palitan mahupun calitan kesalahan. Mencuba dan terus mencuba. Peluang dan ruang kita yang akan cipta tapi bukan dengan kekosongan tanpa sebarang isi. Maka, berjalan ke hadapan harus ada arah bukan menadah kosong keajaiban yang akan datang.
Rukun Iman yang enam harus kita genggami dan hadam. Bukan setakat hari ini, atau esok. Bahkan selama kita bernafas , ia harus hidup dan terus bernyawa seiring setiap detak nadi yang berdenyut.
Menjadi Muslim yang menggenggam Rukun Iman yang enam bukan hanya dengan KEPERCAYAAN. Silap dan amat besar kesilapan seseorang individu Muslim hanya ada KEPERCAYAAN sebagai tunjang kepada KEIMANAN mereka.
Andai hanya perlukan KEPERCAYAAN, siapa-siapa jua mampu melakukannya. Tidaklah kita dinamakan sebagai orang yang BERIMAN, andai IMAN ini tidak mampu mencerna UJIAN.
Beriman kepada 6 tunjang rukun IMAN, memerlukan kita mengadaptasi kisah kepercayaan kita dalam jejak kehidupan yang berliku. Tidak kiralah sama ada kita merangkak, berjalan mahupun berlari. Andai kita cukup pasti KEIMANAN ini adalah KEIMANAN yang sebenar, maka kita tidak akan cepat melatah pabila dianugerahi NIKMAT dan didesah NIQMAT.
Menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim, graf kehidupan ini beralun seiring bayu TAKDIR yang berlalu. Ada masa, ketinggiannya mencecah dada langit,membuatkan jalan cerita ini seperti alunan muzik yang mengasyikkan, adakalanya ia menjunam jatuh di dakapan bumi, sehingga malu untuk mengangkat muka walau mendongak sekilas pandang. Seringkali, ada iringan ketawa mengiringi kenangan semalam, termalu sendiri dengan perlakuan yang mencorak peribadi. Jauh panggang dari api. Konteks dakwah yang dijulang tinggi selama ini, capaiannya masih lagi di permulaan, tidak bergerak ke mana-mana. Mengapa? Kerana mendidik diri sendiri juga tidak bisa, lalu bagaimana mahu mencorak suasana ataupun masyarakat Muslim.
Bukan PENYESALAN semata-mata yang kita mahukan, tapi biarlah ia hadir dengan KESEDARAN.
SEDAR akan kekurangan,
SEDAR untuk penambahbaikan,
SEDAR untuk mencipta kekuatan,
SEDAR untuk memimpin perpaduan.
Permulaannya adalah dari dalam diri, dalam masa yang sama ia dipatri dalam jiwa insan sekeliling yang juga sedang mencari.
Merenung ke hadapan itu adalah satu KEMESTIAN,
Menoleh ke belakang itu adalah satu KEPERLUAN,
Dua pandangan dalam satu keadaan.
Tak susah andai matlamat yang cuba dibina adalah untuk KEBAIKAN.
Proses PEMBAIKAN ini bukan mengambil masa sehari dua atau seminggu lebih. Ianya akan berjalan selama-lamanya, kerna SYURGA DAN REDHA ALLAH itu tidak dihargakan, maka usaha kita juga tidak boleh dinilai-nilaikan.....
Mahu jadi Insan yang memasak dalam 6 tunjang KEIMANAN dalam hati,
bukan hanya kerna ia adlah keperluan realiti,
tapi ia sebenarnya kewajipan seorang abdi.
~manusia menghayati kehidupan dari pelbagai aspek dan sudut,
bukan semua memandang kehidupan dengan pandanagn yang sama~
palitan KENIKMTAN, bukan ingin melekakan, curahan KESENANGAN, bukan ingin menyesatkan ketukan UJIAN, bukan ingin melemahkan, desiran KEJATUHAN, bukan ingin mematikan... pandanglah ke HADAPAN, ...optimis... walau kita hanya insan biasa, tapi tak mustahil, kita menjadi LUAR BIASA
Wednesday, 30 January 2013
Sunday, 30 December 2012
Yang DICARI
Salam Mabruk Muqaddam
Untuk semua Graduan Harapan Ummah.
Moga titian BAHAGIA ini menjadi batu loncatan kepada bahagianya UMMAH yang menunggu kalian sekian lamanya.
Setelah hampir 15 tahun atau lebih, kalian berjuang kini ALLAH sampaikan kalian di penghujung titian ini. Satu yang mahu DIA kalian tahu, penghujung ini, bukanlah penghujung segala-galanya. Andai kalian menilai ini yang terakhir, maka, harus sama-sama kita muhasabah,di mana letak niat kita yang sebenarnya?
Menempuh segala permasalahan dlam masa 15 tahun bukanlah sesuatu yang kecil, jika diamati bagaimana,datang dan pergi permasalahn itu pasti kita sama-sama tersenyum. Mengenang masa yang kita tempuhi dahulu.
Setelah 15 tahun ini ber akhir, harus ada sesuatu dalam diri kalian, meneruskan misi 'YANG DICARI?'
Cita-cita telah direalisasi, impian telah dipenuhi cuma jumpakah apa apa YANG 'DICARI?'
Apa yang kalian cari selama 15 tahun ini?
takut-takut tersasar dari dasar yang utama?
Ingatlah,
Hidup kita bukan hanya milik kita!
Hidup kita adalah untuk perkongsin BERSAMA!
Hidup ini bukan percuma, hidup ini ada perdagangannya!
Cuma kita yang harus bijak menongkahnya, agar kita pemilik bahagia yang hakiki.
Tidak salah andai mengimpikan Jodoh yang SEMPURNA, andai pertalian itu diinfaqkan ke jalanNYA, menampung kekurangan, menngilap kelebihan pembangunan modal insan,
jua tetap tidak menjadi satu kesalahan andai bercita-cita untuk mendapatkan Pangkat yang BESAR, asal nanti semua kekuasaan itu bisa membenam keduniaan di sisi keakhiratan....
Kita manusia biasa yang memiliki keinginan yang sama seiring dengan ada fitrah dan nafsu yang tercipta.
Namun ALLAH mahu kita menjadi yang LUAR BIASA. DIA mahu kita mencipta diri kita ke arah yang lebih ISTIMEWA melalui kejadian kita yang biasa-biasa. Mampukah kita?
Kita pasti MAMPU dan TERLEBIH MAMPU kerna ALLAH jua meyakini kita memang MAMPU!
Lihat sahaja sorotan ayat ALLAH yang menukilkansejarah penciptaan kita?
Bagaimana sang MALAIKAT bertanya dengan persoalan lalu DIA menjawab dengan jawapan?
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
Kita akan menjadi kita yang sekarang,
andai kita tidak mencorak masa depan dengan terang,
kita tak akan menjadi kita yang baru,
andai kita masih leka dengan kenikmatin yang sentiasa menderu ...
Selamat menempuh alam baru untuk 'jiwa-jiwa' yang sedang berbahagia. Teruskan misi kebahagiaan ini dalam menyempurnakan apa 'YANG DICARI'
semoga kalian menjadi generasi tentera AL-FATEH versi alaf 21.
Selamat mengemudi alam ummah yang banyak kekurangan yang sentiasa menunggu 'tangan-tangan' kalian untuk mengislahnya.
Doakan ana yang masih meniti hari, sedikit ketinggalan, dan ada rasa sedikit terkilan jua penyesalan, yang kadang-kadang datang tanpa sedar. hamdan liLLAH ala kulli hal belajar menjadi insan yang REDHA.
MEMERHATI DAN MENIKMATI dua posisi yang berbeza,
ana yang menjadi si pemerhati,
kalian menjadi mereka yang menikmati,
namun kehidupan yang hakiki, tidak membezakan posisi-posisi ini,
kalian harus beringat,
ana juga perlu beringat...
doakan ana, sedang meniti alam peperiksaan tahun 1, fasa 1, pengjian bahasa arab.
Serius,rindu masa kita bersama, suasana exam kita di sana.
hamdan liLLAh jika ditanya BAGAIMANA???
biar ana jawab.......
Hamdan liLLAH kheir semuanya tahu sebab apa???
bukan seronok sebab boleh jawab!!
bukan gembira sebab soalan senang!!
sebenarnya ada jer soalan yang tak 'tergigit'
ada jer soalan yang DUKTURAH yang tak berbalas jawapan...
KHEIR sebab, ALLAH bagi KETENANGAN,
walau tersasar dari dasar,
walau hilang kefokusan dan keyakinan,
memang awesome!!!
tak tahu nak gambarkan camna...
Dalam masa 2 tahun ni, banyak ana belajar,
biarpun sering diuji.
biarpun sering terduduk
memikirkan masa hadapan,
walaupun sentiasa keraguan,
walaupun sentiasa tiada keyakinan,
tapi.....
satu yang ana sangat bahagia,
DIA cipta KELOMPONGAN,
lalu DIA yang akan TAMPAL semula....
kehidupan kita semua sama....
Doakan ana yer SAHABAT-SAHABAT
salam JUanG tanpa HenTI,
moga kalian BAHAGIA meniti PASTI..
-adilah mohd safiuddin-
el-toob ramly,madinah nasr,
Cairo, Egypt
Untuk semua Graduan Harapan Ummah.
Moga titian BAHAGIA ini menjadi batu loncatan kepada bahagianya UMMAH yang menunggu kalian sekian lamanya.
Setelah hampir 15 tahun atau lebih, kalian berjuang kini ALLAH sampaikan kalian di penghujung titian ini. Satu yang mahu DIA kalian tahu, penghujung ini, bukanlah penghujung segala-galanya. Andai kalian menilai ini yang terakhir, maka, harus sama-sama kita muhasabah,di mana letak niat kita yang sebenarnya?
Menempuh segala permasalahan dlam masa 15 tahun bukanlah sesuatu yang kecil, jika diamati bagaimana,datang dan pergi permasalahn itu pasti kita sama-sama tersenyum. Mengenang masa yang kita tempuhi dahulu.
Setelah 15 tahun ini ber akhir, harus ada sesuatu dalam diri kalian, meneruskan misi 'YANG DICARI?'
Cita-cita telah direalisasi, impian telah dipenuhi cuma jumpakah apa apa YANG 'DICARI?'
Apa yang kalian cari selama 15 tahun ini?
Kerja yang BAGUS?
Harta yang MELIMPAH?
Jodoh yang SEMPURNA?
Pangkat yang BESAR?
harus sama- sama buat 'checklist'!takut-takut tersasar dari dasar yang utama?
Ingatlah,
Hidup kita bukan hanya milik kita!
Hidup kita adalah untuk perkongsin BERSAMA!
Hidup ini bukan percuma, hidup ini ada perdagangannya!
Cuma kita yang harus bijak menongkahnya, agar kita pemilik bahagia yang hakiki.
Tidak salah mendambakan Kerja yang BAGUS, andai habuannya untuk perkongsian BERSAMA tidak kira sama ada apa yang dikongsi itu dalam bentuk material mahupun spritual!
Tidak salah andai mengharapkan Harta yang MELIMPAH andai ianya diurus secara sistematik dan diperuntukkan untuk mereka yang BERHAK,Tidak salah andai mengimpikan Jodoh yang SEMPURNA, andai pertalian itu diinfaqkan ke jalanNYA, menampung kekurangan, menngilap kelebihan pembangunan modal insan,
jua tetap tidak menjadi satu kesalahan andai bercita-cita untuk mendapatkan Pangkat yang BESAR, asal nanti semua kekuasaan itu bisa membenam keduniaan di sisi keakhiratan....
Kita manusia biasa yang memiliki keinginan yang sama seiring dengan ada fitrah dan nafsu yang tercipta.
Namun ALLAH mahu kita menjadi yang LUAR BIASA. DIA mahu kita mencipta diri kita ke arah yang lebih ISTIMEWA melalui kejadian kita yang biasa-biasa. Mampukah kita?
Kita pasti MAMPU dan TERLEBIH MAMPU kerna ALLAH jua meyakini kita memang MAMPU!
Lihat sahaja sorotan ayat ALLAH yang menukilkansejarah penciptaan kita?
Bagaimana sang MALAIKAT bertanya dengan persoalan lalu DIA menjawab dengan jawapan?
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
Kita akan menjadi kita yang sekarang,
andai kita tidak mencorak masa depan dengan terang,
kita tak akan menjadi kita yang baru,
andai kita masih leka dengan kenikmatin yang sentiasa menderu ...
Selamat menempuh alam baru untuk 'jiwa-jiwa' yang sedang berbahagia. Teruskan misi kebahagiaan ini dalam menyempurnakan apa 'YANG DICARI'
semoga kalian menjadi generasi tentera AL-FATEH versi alaf 21.
Selamat mengemudi alam ummah yang banyak kekurangan yang sentiasa menunggu 'tangan-tangan' kalian untuk mengislahnya.
Doakan ana yang masih meniti hari, sedikit ketinggalan, dan ada rasa sedikit terkilan jua penyesalan, yang kadang-kadang datang tanpa sedar. hamdan liLLAH ala kulli hal belajar menjadi insan yang REDHA.
MEMERHATI DAN MENIKMATI dua posisi yang berbeza,
ana yang menjadi si pemerhati,
kalian menjadi mereka yang menikmati,
namun kehidupan yang hakiki, tidak membezakan posisi-posisi ini,
kalian harus beringat,
ana juga perlu beringat...
doakan ana, sedang meniti alam peperiksaan tahun 1, fasa 1, pengjian bahasa arab.
Serius,rindu masa kita bersama, suasana exam kita di sana.
hamdan liLLAh jika ditanya BAGAIMANA???
biar ana jawab.......
Hamdan liLLAH kheir semuanya tahu sebab apa???
bukan seronok sebab boleh jawab!!
bukan gembira sebab soalan senang!!
sebenarnya ada jer soalan yang tak 'tergigit'
ada jer soalan yang DUKTURAH yang tak berbalas jawapan...
KHEIR sebab, ALLAH bagi KETENANGAN,
walau tersasar dari dasar,
walau hilang kefokusan dan keyakinan,
memang awesome!!!
tak tahu nak gambarkan camna...
Dalam masa 2 tahun ni, banyak ana belajar,
biarpun sering diuji.
biarpun sering terduduk
memikirkan masa hadapan,
walaupun sentiasa keraguan,
walaupun sentiasa tiada keyakinan,
tapi.....
satu yang ana sangat bahagia,
DIA cipta KELOMPONGAN,
lalu DIA yang akan TAMPAL semula....
kehidupan kita semua sama....
Doakan ana yer SAHABAT-SAHABAT
salam JUanG tanpa HenTI,
moga kalian BAHAGIA meniti PASTI..
-adilah mohd safiuddin-
el-toob ramly,madinah nasr,
Cairo, Egypt
Tuesday, 27 November 2012
...:::IBU motivator TERBAIK:::...
Menjadi manusia yang terarah, setiap jiwa harus menempuh jalan mujahadah. Sedikit sebanyak fizikal dan mental harus diperkemas, menempa bahagia pemberian dan anugerah, menempuh sakit jatuh dan rebah. Sekuat mana pun jiwa kita, setebal mana pun keampuhan semangat kita, adakalanya kita tersasar dalam pemanduan menuju langit impian dan harapan. Bukan tidak masak dengan lumrah alam, tapi tak betah bertahan dengan godaan dan cabarannya yang seringkali menganyam kelekaan dan kelemahan dalam diri.
Benar ALLAH, sudah menjanjikan pelbagai pertolongan melalui pelbagai cara dan jalan. Tapi yang namanya manusia, mereka seringkali leka dan lupa. Sirna menilai intipati seruanNYA. Dalam masa itu, ALLAH tahu, jiwa-jiwa ini memerlukan perantaraan yang lebih zahir dan nyata untuk membimbing menyelusuri jalanNYA. Selain kekasihNYA, ULAMA'NYA ada satu jiwa yang tak pernah lelah memberi, tak pernah berhenti menemani. tika bahagia, 'dia' teman, tuka kecewa 'dia' kawan. Setiap masa, bila helaan nafas terhela, semangat'nya' dibawa.
Ibu,
selama nadi berdetak,
selama jasad bergerak,
ada kekuatanmu yang mencorak,
langkah sang anak..
Biar engkau hanya seorang ibu,
namun posisimu beribu,
kasihmu,
sayangmu,
cintamu,
kekuatanmu,
keluhuranmu,
bukan palsu....
Ibu,
kau kongsi kekuatanmu, biar engkau sebenarnya kelemahan,
kau pertaruhkan masamu biarpun engkau kelelahan,
engkau korbankan segalanya biarpun engkau tahu tiada sebarang pulangan...
Jiwa sang ibu, bukan sebarang jiwa. ALLAH hadirkan buat kita, melindungi, memelihara, menyayangi kita setulus hati. Dia hanya insan biasa seperti kita, tapi jiwanya ibarat dunia dan seisinya.
-Terlalu merindui IBU-
biar tiap-tiap hari, dia dihubungi, namun sang hati tak pernah berhenti merindui....

Tuesday, 20 November 2012
Episod TARBIAH
Rindu menyingkap tadbir kenangan semalam...
Peredaran masa yang penuh dengan tinta-tinta TARBIAH,
Setiap detik terlukis hikmah & pengajaran,
Setiap masa terlakar indah peringatan,
Walau rimas diikat peraturan,
Walau jemu menjalani rutin harian,
Tapi di situlah terselit erti kebahagiaan...
Teringat,

Bagaimana kerahan tenaga seorang GURU mencetak rapi sahsiah peribadi generasi harapan ummah. Masa MEREKA disusun sepadat mungkin,hingga medan ini menjadi keutamaan yang paling AULA. Tidak cukup dengan itu,waktu-waktu kerehatan yang MEREKA ada,habis diinfaqkan untuk jiwa-jiwa yang baru merangkak untuk bermula. MEREKA tidak pernah mengeluh apatah lagi mengungkit,sedangkan MEREKA sendiri tidak pernah dijamin dengan sebarang KEPASTIAN ataupun KENYATAAN bahawa jiwa-jiwa yang MEREKA pegang inilah bakal menggegar dunia...
Hari ini,
Setelah menempuh warna-warni pentarbiahan,
Ada senyuman kebahagiaan yang terlakar,
Sedangkan dahulu,
Jiwa ini memberontak menyelusuri manhaj-manhaj pentarbiahan,
Ada sahaja keluhan,ada sahaja rungutan,
Namun hari ini,
Semua itu menjadi kebiasaan & kemestian,
Bayangkan...
Usrah,Nadwah,Tamrin,Mukhayyam, Simposium...
Belum lagi diperincikan dengan taklifan &wirid harian...
Bak kata jiwa yang buta "dah nak termuntah menghadap ini semua"...
Bila namanya TARBIAH,
Tidak semua orang suka & boleh terima dengan selesa,
Ada sahaja bila tiba waktu & ketika,
Jiwa ini resah & gelisah dibakar nafsu...
Manakan sanggup bertahan bila TARBIAH ini diteruskan,
Makaa,
Bermula pula epiaod 'IQAB pelbagai variasi,
Menjinakkan nafsu yang tegar menghindari sentuhan tarbiah...
-------------------------
Paling bermaka, kebahagiaan hari ini,
Milik jiwa-jiwa ini hakiki dan ma'nawi..
Pernah satu ketika, GURU saya berpesan...
ALLAH itu dicintai oleh berjuta-juta jiwa bahkan lebih dari itu, walau DIA sudah memilih jiwa-jiwa yang tertentu menjadi ahbabNYA, kita jangan pernah berhenti untuk terus memilih DIA menjadi kecintaan kita yang TERUTAMA..benar... kita haqir...betul....kita faqir... Tapi dengan kesungguhan kita inilah tanggungjawab dan amanah yang tidak bisa kita abaikan. Menjadi antara AhbabNYA memang keinginan kita...tapi menjadi hamba yg x berputus asa itu adlah tanggungjawab & amanah kita...jangan berhenti walau DIA tidak memandang kita...dan ketahuilah itulah sebenar2 nikmat agar kita terus mencari DIA...usah bimbang, jika benar niat kita, PANDANGAN itu disimpan istimewa untuk kita di akhirat sana..."
~merindui hujanan tarbiah membasahi gersang sang hati..~
Andai saya tersasar...capai tangan ini, sebelum hati keras membatu...
ALLAH.
Hari ini,
Setelah menempuh warna-warni pentarbiahan,
Ada senyuman kebahagiaan yang terlakar,
Sedangkan dahulu,
Jiwa ini memberontak menyelusuri manhaj-manhaj pentarbiahan,
Ada sahaja keluhan,ada sahaja rungutan,
Namun hari ini,
Semua itu menjadi kebiasaan & kemestian,
Bayangkan...
Usrah,Nadwah,Tamrin,Mukhayyam,
Belum lagi diperincikan dengan taklifan &wirid harian...
Bak kata jiwa yang buta "dah nak termuntah menghadap ini semua"...
Bila namanya TARBIAH,
Tidak semua orang suka & boleh terima dengan selesa,
Ada sahaja bila tiba waktu & ketika,
Jiwa ini resah & gelisah dibakar nafsu...
Manakan sanggup bertahan bila TARBIAH ini diteruskan,
Makaa,
Bermula pula epiaod 'IQAB pelbagai variasi,
Menjinakkan nafsu yang tegar menghindari sentuhan tarbiah...
-------------------------
Paling bermaka, kebahagiaan hari ini,
Milik jiwa-jiwa ini hakiki dan ma'nawi..
Pernah satu ketika, GURU saya berpesan...
ALLAH itu dicintai oleh berjuta-juta jiwa bahkan lebih dari itu, walau DIA sudah memilih jiwa-jiwa yang tertentu menjadi ahbabNYA, kita jangan pernah berhenti untuk terus memilih DIA menjadi kecintaan kita yang TERUTAMA..benar... kita haqir...betul....kita faqir... Tapi dengan kesungguhan kita inilah tanggungjawab dan amanah yang tidak bisa kita abaikan. Menjadi antara AhbabNYA memang keinginan kita...tapi menjadi hamba yg x berputus asa itu adlah tanggungjawab & amanah kita...jangan berhenti walau DIA tidak memandang kita...dan ketahuilah itulah sebenar2 nikmat agar kita terus mencari DIA...usah bimbang, jika benar niat kita, PANDANGAN itu disimpan istimewa untuk kita di akhirat sana..."
~merindui hujanan tarbiah membasahi gersang sang hati..~
Andai saya tersasar...capai tangan ini, sebelum hati keras membatu...
ALLAH.
Saturday, 17 November 2012
CINTA YANG SIRNA
...:: Pentas sketsa CINTA SANG HAMBA::...
Pentas dunia ini sememangnya dijadikan untuk kita sama-sama beraksi. Bukan memeperlihatkan kehebatan kepada alam dan seisinya. Bukan jua menempa sejarah untuk disanjung dan diangkat tinggi. Pentas ini hanya tempat untuk kita beraksi memperlihatkan kesungguhan kita mendapatkanNYA. Biarlah menapak lambat mahupun berlari cepat, itu semua bukan ukuran, yang menjadi pokoknya ialah kekuatan dalam memacu keinginan dan kemahuan kita mencari pandanganNYA. Pandangan yang tiada tandingan, andai terpanah ke hati, maka tertusuk iman, lalu mengalir fitrah yang merindui sentuhan DIA.
Kerinduan yang diterjemah dengan air mata, belum cukup untuk mencagar makna kemahuan kepadaNYA. Jiwa yang sedar adalah jiwa yang sentiasa bergerak dengan pembersihan hati, akal dan jawarih. SYURGA, tidak cukup dibayar dengan amalan soleh dan kebajikan yang berterusan. Andai DIA menyingkap bersih gunungan amal seorang hamba, adakah semuanya bersih tanpa palitan noda yang mencemarinya.
alangkah ruginya buat jiwa yang disentuh DIA, lalu mati dek palitan kenikmatan dunia. Lihatlah betapa 'nikmat'nya dunia di pandangan manusia yang mencabut indah getaran sentuhanNYA. betapa banayk jiwa yang dihargaiNYA, tersasar di pemanduan kerna sedikit jelingan yang dipaling kepada dunia dan seisinya......
"Andai sang jiwa tahu,
betapa DIA merindu,
rintihan yang bertalu-talu,
tidak berhenti-henti mengadu,
sudah pasti.
dunia itu ditinggalkan berlalu tanpa ragu..."
Belajarlah mebaiki jiwa, sedikit demi sedikit,,,,,
hanya satu yang perlu dipegang,buang keegoaan yang melulu, di dunia ini, hanya hukum alam yang melebihkan manusi dengan manusia lain melalui kayu ukur KELEBIHAN & KEBOLEHAN...
tapi DIA hanya mengukur cukup dengan mizan TAQWA.....
tidak kira peribadi dan latar belakang apatah lagi rupa dan gaya.....
Sudah lama kita tidur... di pembaringan keasyikan dunia...
dibuai indah kenikmatan dan kesenangan,
disogok kemewahan dan kemudahan....
Bukan tidak sedar tapi lambat menangkap erti kecintaan dan kerinduan yang sebenar....
Mahukan DIA,
kesenangan itu mesti diganti dengan kesusahan,
kemudahan itu perlu ditukar kepada kepayahan,
kemewahan itu dikurangkan kepada kesederhanaan...
Mahukan DIA,
perlu konsisten dan berterusan,
bukan seperti main 'aci ligan'
berhenti bila keletihan..
~ sedang mencintai DIA, tapi gagal berjuta kali di tangan 'dunia'~
alpa disogok kenikmatan,tenggelam di lautan keseronokan...
tanpa sedar, hati ini lemas tanpa kata rindu dari TUHAN,
mencari tebing simpati dari DIA...
Saturday, 10 November 2012
SAAT PECAHNYA PERSPEKTIF BATU
kenangan lalu, memaku rindu
Dulu , jahil memahami erti ukhuwah, tidak mampu menilai dan menghayati erti ukhuwah. Yang difahamai, kalau berukhuwah mesti semuanya yang bahagia-bahagia. Mesti Sahabat yang memahami, mesti Sahabat yang satu fikrah, mesti Sahabat yang sama 'dunia'nya dengan jiwa....Aduh...susah ditemukan.....
Benarlah perrbezaan itu mengajat erti menghargai. Perbedaan yang ada sebenarnya perlu dipandang tinggi kerna ia membuatkan kita memahami erti keunikan. Jujur, andai anda selalu melalui rentak perjalanan ynag sama, anda lupa memberi perhatian pada sekeliling. Dalam pemikiran anda semua benda sama, baik-baik, tak perlu difikirkan apatah lagi dirisaukan.
Tiada ekspresi yang menarik untuk digambarkan pada dunia, bahawa kehidupan ini luar biasa, kerna, saban waktu, saban ketika, masih menjalani benda yang sama. Dulu saya masih ingat, bagaimana saya menilai ukhuwah di perspektif saya....cukup buruk. Hanya berada di satu persada lalu berlegar-legar di sekelilingnya. Bila saya berjalan sedikit demi sedikit,memecahkan keras perspeksi yang 'batu' ini, akhirnya saya temukan percikan aliran rasa yang begitu selesa, benar, biar susah melaluinya, tapi itulah keputusannya. memahami orang lain, mengerti kemahuan dan kehendak mereka, menjiwai keperibadian mereka, membaca halus sikap mereka, susah kita temukan walau hanya 25% perkara yang SAMA dan SERUPA.
Tapi setelah bisa mengemudinya, ia dirasakan amat mmaku bahagia dalam jiwa. kita belajar untuk menyesuaikan diri, mengawal diri, berkongsi dan melengkapi.
sedar, untu menjiwai kisah yang semalam saya pasti yidak ampu kembali! walau hanya seditik. Tapi DIA tetap beri hari,waktu,masa,saat dan ketika ini. Saya mahu menghaggai dengan sedaya mampu . Bikan membuang diri yang dulu tapi meng'upgrade' sejarah yang sudah berlalu. Masa silih berganti, mengajar saya banyak pelajaran, Mungkin hanya secebis dua yang di mata manusia bukan apa2. Tapi bagi saya, ia amat bermakna. Saya dah tertibggal banyak benilaian lebih 20 tahun yang lalu, saya kini hanya mahu berjalan ke hadapan mencari nilai baru untuk dipraktik dalam keadaan semasa dan menilai apa yang telah lalu.
Saya amat merindui jiwa-jiwa yang menemani saya berjalan satu ketika dulu. Ingat bagaimana jurang di antara kami, mencetus revolusi yang menyebabkan kami saling membenci bila tiba waktu dan ketikanya. Membuat kami saling menyakiti untuk menjaga ego dalam diri.... Itu dulu... kini, saya rasakan saya temukan apa kebahagiaan dan ketenangan di sebalik semua itu...biar sudah terlambat untuk menunjukkkan dan melakukannya tapi masih BELUM TERLAMBAT untuk saya menyatakannya.
Manusia....sering-sering mengungkit kisah yang sudah terlepas. sedikit demi sedikit,fitrah ini, bukan untuk kita meratapi apa yang telah lalu tapi sebenarnya bersedia belajar dari kisah lepas untuk mencipta peluang baru di masa hadapan. Kini, saya menghayati ukhuwah dengan perspektif yang baru.....
Friday, 26 October 2012
di sebalik CINTA & PENGORBANAN
"menyukat nilai CINTA yang ada dalam diri kita, kadang kala,meletihkan dan melelahkan jiwa yang berdegup dengan penuh harapan"
Nadi tegar berdetak sambil membisikkan pada jiwa, untuk terus bertahan meneruskan kehidupan.
andai hidup ini bukan cagaran kepada KEBAHAGIAAN akhirat sudah pasti hilang nilai & etika kemanusiaan yang memagar lapangan KEHENDAK manusia.
untuk bahagia, dalam diri perlu ada CINTA, mencintai setiap inci ruang kehiupan ini, mmpu membuatkan kita membina kekuatan untuk menjadi yang terbaik setiap masa dan ketika.
Untuk memilki CINTA yang teguh, setiap saat nadi kita berdetak,setiap kali hati kita berdegup, setiap ketika anggot kita bergerak kita harus PERCAYA. PERCAYA pada apa yang akan kita lakukan dan bakal berlaku. Tanpa KEPERCAYAAN tidak mungkin kehidupan ini mampu dihadapi. Bila KEPERCAYAAN mula tumbuh dalam hati, maka kecintaan akan lahir secara 'alami.
::..CINTA SEBENARNYA MENDAMAIKAN KALA KEPERCAYAAN TUNJANGNYA...::
HARI RAYA AIDILADHA adalah perayaan yang diadaptasi dari kisah pengorbanan NABI IBRAHIM & NABI ISMAIL A.S serta SAIDATINA HAJAR. Betapa kisah ini menyimba sinar keinsafan dalam jiwa manusia dalam menghadapi kehidupan.
PENGORBANAN akan datang dari rasa CINTA, CINTA pula akan terbina bila mengalir KEPERCAYAAN.
kehidupan ini bukan sekadar tempat untuk kita MENIKMATI anugerah dan mehnah. kehidupan ini lebih dari itu, kehidupan ini perlu dihayati dan difahami.
Masakan jiwa-jiwa yang menghela nafas dalam ruang kehidupan ini akan lupa bagaimana mereka tercipta? Semuanya bermula daripada kepercayaan ALLAH kepada makhluk yang bergelar manusia. lihat saja sirah yang mengundang pertanyaan dalam makhluk yang bernama malaikat yang tidak pernah culas menumpahkan setia kepadaNYA.
menghargai sesebuah kepercayaan itu harus kita terjemahkan dengan segenap kudrat yang kita ada, cuba sehabis mampu, berusaha dengan jitu untuk menyatakan ketulusn kita mensyukuri hadirnya nikmat itu. Tanpa kita sedar, inilah yang dimaksudkan dengan pengorbanan. Kita semua tahu pengorbanan itu tidak mudah untuk kita lakukan andai jiwa belum mantap memahaminya. Tetapi satu perkara yang kita pelu tahu, demi nyawa yang ada dalam jasad kita, semua itu harus kita lakukan demi mengecapi kehidupan yang aman, sejahtera serta diredhai ALLAH.
"Sejarah sudah memberitahu kita, bagaimana kuat jiwa seorang wanita yang bernama HAJAR melakukan pengorbanan, ditinggalkan suaminya IBRAHIM A.S di lembah yang gersang, demi CINTA nya kepada ALLAH . Betapa cekal naluri seorang bapa merelakan anaknya dikorbankan hanya semata-mata kerana ALLAH, tidak akan kita jumpa melainkan ia jiwa IBRAHIM A.S. tegarkah kita mencontohi taat seorang anak yang meyakinkan ayahnya dengan perintah ALLAH, walau kesudahannya, jiwa itu yang akan binasa? Mustahil untuk kita temui melainkan ia adalah ISMAIL A,S"
Semua ini mampu dilkukakAn bila terbit CINTA yang tunjangnya KEPERCAAAN, NAMUN hari ini,rAmai yang salah memahami konsep CINTA. maka keran CINTA , alam ini dipenuhi kemungkaran & kerosakan. ayuh, kita sama-sama betulkan mentaliti kita semua dengan meneladani kisah CINTA & PENGORBANAN YANG SEBENAR, SEMPENA EID ADHA YANG KITA RAIKAN.
CINTA ITU TIADA PAKSAAN
UNTUK MENCINTAI, KITA TIDAK BOLEH MEMAKSA TAPI KITA HARUS MENCUBA. namun untuk mencintai ALAH, adakalanya usaha ke arah itu perlu kita paksakan, kerana fitrah manusia itu lumrah dan amat sukakan hiburan, sedangkan jalan menuju ALLAH itu penuh dengan cabaran dan dugaan. pesan MURABBI saya, jiwa yang lemah ini, harus dididik dan ditarbiah sebaik mungkin, ALLAH sudah memberi CINTANYA kepada kita, maka kita mesti berkorban untuk memberikan sepenuh ketaatan kepadaNYA.
***********************************************************************
di sebalik CINTA & PENGORBANAN,
terselit pengajaran yang tersimpan,
harus dicari dan dizahirkan,
agar kita tahu menghargai kehidupan...
di sebalik CINTA & PENORBAA,
ada kesukaran yang mesti ditempuhi,
ada kekuatan yang mesti kita cari,
agar mampu bertahan di alam realiti..
di sebalik CINTA & PENGoRBANAN,
bukan semua kesukan itu pahit,
bukan semua kekecewaan itu sakit
kerna pelangi kebahagiaan itu,
hanya bisa muncul dari titisan-titisan hujan yang keperitan...
cinta??? berkorbanlah!!!!
lakukan dengan penuh kepercayaan yng didasari pemahaman dan pennghayatan yang sebenar...
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)