Friday, 8 March 2013

SINARAN dari UFUK KEJATUHAN



Hampir menginjak usia dua tahu permusafiran di bumi Mesir. Terlalu banyak perkara yang dipelajari.Rugi, dan amat rugi, kerna masa yang ada tidak mampu dikaut dan dimaknakan sebaiknya. Menjalani takdir kehidupan sebagai seorang musafir memang banyak kesulitan dari kemudahan, sudah tentu banyak kesusahan dari kesenangan. Itu hakikat yang tak boleh disangkal.

Inilah yang dinamakan sebuah perjalanan. Perjalanan ini cuma satu babak daripada episod kehidupan yang dilalui sebagai hamba menujuNYA.
Rasa lelah, 
rasa letih,
rasa penat,
itulah yang perlu dijiwai untuk menghadapi perjalanan yang ntah bila akan berakhir.

Perjalanan ini, hakikatnya adalah sebuah perjuangan. Kita berjuang untuk membahagiakan hati dan diri bukan setakat di dunia ini, bahkan sudah tentu di hari kebangkitan yang kekal abadi.Semakian banyak yang kita cagar, semakin tinggi nilai yang akan terbayar.

Realiti hari ini, menyaksikan kehidupan ini dipertaruhkan demi kepentingan diri. Tidak salah andai ia membuah hasil untuk dibahagi dan dikongdi, tetapi yang menjadi salah apabila ia dimamah dan diratah rakus sendiri. Apakah ada ISLAM mengajar penganutnya supaya mementingkan diri. sekalipun ilmu yang kita tuntut, maka ianya wajib kita beri untuk dirasai bersama.


وقال صلى الله عليه وسلم: "تكون النبوة فيكم ما شاء الله أن تكون ثم يرفعها إذا شاء الله أن يرفعها، ثم تكون خلافة على منهاج النبوة، فتكون ما شاء الله أن تكون ثم يرفعها إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون مُلكاً عاضاً فيكون ما شاء الله أن يكون ثم يرفعها إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون مُلكاً جبرياً فتكون ما شاء الله أن تكون ثم يرفعها إذا شاء الله أن يرفعها، ثم تكون خلافة على منهاج النبوة تعمل في الناس بسنة النبي ويلقى الإسلام 
جراءة في الأرض يرضى عنها ساكن السماء وساكن الأرض ..."


"Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.

Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah) , adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ’Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Setelah itu, masa kerajaan yang diktator (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah) . Kemudian beliau (Nabi) diam.”


Kejatuhan Khilagfah Islamiyah yang dibina sejak 89 tahun yang dahulu, masih beberkas di jiwa orang-orang beriman. masakan tidakempayar agung Daulah Islamiah roboh setelah 1/3 dunia ini ditawan. 89 tahun yang lampau, menjadi satu memoir agung kita bersama,khilafah memerintah mengangkat AL-QURAN dan AS-SUNNAH di atas. tiada yang lebih tinggi melainkan SYARIAT ISLAM ditegakkan...

Hari ini. kita menangis,
bukan kerana hilangnya kuasa dari tangan,
bukan hilangnya pengaruh dari dakapan,
bukan hilangnya kekayaan dari simpanan,
TETAPI,
kita menangis kerana maruah ISLAM dinilaihargakan.
kita menangis kerana umat ISLAM hilang kesatuan,
kita menangis kerna ISLAM menjadi punca perbalahan....

Jika ingin berbicara tentang kekalahan, semua orang mengerti mengapa kita kalah!
Jika ingin berbicara tentang kejatuhan, semua orang tahu, bila kita jatuh!
Jika ingin berbicara tentang punca, semua orang menuding kepada MUSTAFA KAMAL AT-TARTUK!
tapi....
tidak bisakah bila kita berbicara tentang semua perkara ini,
kita tuding jari terhadap diri sendiri???

Ramai yang kata,
"aku bukan sebahagian dari masyarakat yang ada ketika khilafah dijatuhkan!!!"
"aku bukan sisipan dari berkas luka kejatuhan!!!"
tapi pernahkah saya, anda dan mereka sedar....
yang kita adalah PESALAH TEGAR bila tidak mampu mendirikan semula EMPAYAR KHILAFAH???

Kejatuhan kita ini, kejatuhan yang hina,
kerna kita gagal bukan kerna kita JAHIL,
tetapi kita jatuh kerna kita ALIM.

"Berilmu bukan semata-mata faktor kita maju,
Boleh jadi, ilmu itu membuat kita lebih teruk dari orang yang dungu."

Orang yang mencipta perpecahan,
orang yang mencetus pergolakan,
orang yang melakar kekalahan sebenarnya adalah orang yang BERILMU tetapi berajakan NAFSU.

maka adakah tuntutan NABI S.A. untuk kita belajar itu satu kesalahan?
atau Apakah TUHAN tersalah dalam berfirman???
TIDAk dan SAMA SEKALI TIDAK!!!
MAHA SUCI ALLAH S.W.T yang tidak bersifat dengan kekurangan.

ILMU perlu disulam denganKEIKHLASAN dan sebenar-benar KEFAHAMAN. barulah kita mengerti bagaimana , sebenarnya aplikasi sebuah ILMU.
ILMU yang bermanfaat ialah ILMU yang menambah rasa ketakutan hamba kepada PENCIPTA.

Kita bila berjalan mahukan bekalan,
bila kesesatan, mahukan petunjuk.
ILMU adalah bekalan di pemusafiran.
dan petunjuknya adalah ketakutan yang menambah kekuatan kita dalam mengharapkan ALLAH


sabda NABI S.A.W:
من ازداد علما ولم يزدد هدى لم يزدد من الله إلا بعدا

barangsiapa yang bertambah ilmunya, tetapi tidak bertambah petunjuk ilmu kepadanya, maka ia sebenarnya hanya  BERTAMBAH JAUH dengan ALLAH.


Sememangnya semua orang mampu menghambur kata-kata semangat,
melakar 1001 kata-kata semangat,
tetapi, tidak semua mampu bergerak memahat kesedaran dan bergerak ke arah kebangkitan..,
kerna kita dikekang kemahuan dan keinginan yang tidak berdasar.
hari ini, kita lemah bila kita memotivasikan diri kita dengan habuan dunia yang tiada jaminan.
Siapa yang pintar untuk mencantas maka dialah juara,tidak kira sama ada dengan cara yang benar  mahupun salah.
sedangkan ALLAH S.W.T sudah menjamin sebenar kebahagiaan yang hanya perlu dibayar sedikit kesusahan dan kesulitan di dunia.

Kita akan terus JATUH jika kita tidak memegang ALLAH dengan sebenarv pergantungan,
KITA akan terus KALAH jika kita masih mahu bertuhankan KEKAYAAN dan HABUAN.
AL-QURAN setia menunggu dengan ketenangan,
kita hanya perlu sedikit IKHLAS untuk memahminya untuk bayaran secebis kekuatan.

DUNIA umumnya, mungkin tidak bisa mendapatkan sinaran dan pancaran dari AL-QURAN dalam sekelip mata, kerana kejahilan yang kian menebar dan mekar di tiap hati yang telah rebah seusai jatuhnya KHILAFAH.
maka, dengan sebab itulah orang yang BERILMU harus berkongsi,
kongsi ilmu dan manfaat yang dilmiliki,
alau sedikit, jika semua memainkan peranan dalam perakitan ini, tidak mustahil, ianya mencetus kesedaran di hati mereka yang mengharapkan. 
Pokoknya, kenikmatan harus dikongsi,kelemahan sama dirai.
Kemajuan yang ISLAM mahukan bukanlah KESEMPURNAAN yang melata,
tapi kemajuan yanh umat ISLAM dahagakan adalah KEBANGKITAN bersama dalam mengaplikasi ajaran dan mencetak tamadun berlandaskan MASDAR SYARI'AH.

Satu perkara yang amat susah, mana mungkin berjuta PERBEZAAN disatukan di satu titik PERTEMUAN.
Kita mampu andai memahami tujuan hidup ini cuma sebentar, kehidupan ini hanya pemusafiran,
memang akan susah,pasti akan letih, namun itulah yang ALLAH beli dari jiwa-jiwa mereka yang beriman.
Itulah cagaran untuk sebuah syurga dan keredhaan...

Ayuh,
saya, anda dan mereka,
berganding bahu,
sama-sama kita bangkit,
sama-sama kita berjalan, 
sama-sama kita letih,
sama-sama kita jatuh, 
sama-sama kita menangis,
sama-sama kita meraih REDHA ALLAH S.W.T

doakan 'permusafiran' kita



Wednesday, 30 January 2013

~IMAN~antara KEPERCAYAAN & PENGHAYATAN???

Membina jati diri Muslim yang sejati,
harus bersikap teliti,bukan hanya ambil dan terus berdiri pasti,
Menjadi Insan yang terarah,
bila mana selalu dikunjungi anugerah, harus sentiasa bertambah rasa syukur dan merendah diri. Biar dilambung tinggi dan semakin tinggi, tapi hati harus sentiasa terisi dengan rasa rendah . Kerna suatu hari kita akan jatuh dan terhentak diam tanpa kata. Bukankah hidup ini umpama roda?
Bila rebah jangan lama -lama menadah pasrah.Pasrah yang bermakna adalah rasa pasrah yang digubah indah bersama 'IBRAH & HIKMAH.
NAMUN,
Walau berjuta kali bangkit dari rebah, itu bukanlah jaminan yang pasti bahawa kita akan kembali bangun berdiri tanpa palitan mahupun calitan kesalahan. Mencuba dan terus mencuba. Peluang dan ruang kita yang akan cipta tapi bukan dengan kekosongan tanpa sebarang isi. Maka, berjalan ke hadapan harus ada arah bukan menadah kosong keajaiban yang akan datang.

Rukun Iman yang enam harus kita genggami dan hadam. Bukan setakat hari ini, atau esok. Bahkan selama kita bernafas , ia harus hidup dan terus bernyawa seiring setiap detak nadi yang berdenyut.
Menjadi Muslim yang menggenggam Rukun Iman yang enam bukan hanya dengan KEPERCAYAAN. Silap dan amat besar kesilapan seseorang individu Muslim hanya ada KEPERCAYAAN sebagai tunjang kepada KEIMANAN mereka.
Andai hanya perlukan KEPERCAYAAN, siapa-siapa jua mampu melakukannya. Tidaklah kita dinamakan sebagai orang yang BERIMAN, andai IMAN ini tidak mampu mencerna UJIAN.
Beriman kepada 6 tunjang rukun IMAN, memerlukan kita mengadaptasi kisah kepercayaan kita dalam jejak kehidupan yang berliku. Tidak kiralah sama ada kita merangkak, berjalan mahupun berlari. Andai kita cukup pasti KEIMANAN ini adalah KEIMANAN yang sebenar, maka kita tidak akan cepat melatah pabila dianugerahi NIKMAT dan didesah NIQMAT.

Menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim, graf kehidupan ini beralun seiring bayu TAKDIR yang berlalu. Ada masa, ketinggiannya mencecah dada langit,membuatkan jalan cerita ini seperti alunan muzik yang mengasyikkan, adakalanya ia menjunam jatuh di dakapan bumi, sehingga malu untuk mengangkat muka walau mendongak sekilas pandang. Seringkali, ada iringan ketawa mengiringi kenangan semalam, termalu sendiri dengan perlakuan yang mencorak peribadi. Jauh panggang dari api. Konteks dakwah yang dijulang tinggi selama ini, capaiannya  masih lagi di permulaan, tidak bergerak ke mana-mana. Mengapa? Kerana mendidik diri sendiri juga tidak bisa, lalu bagaimana mahu mencorak suasana ataupun masyarakat Muslim.

Bukan PENYESALAN semata-mata yang kita mahukan, tapi biarlah ia hadir dengan KESEDARAN.
SEDAR akan kekurangan,
SEDAR untuk penambahbaikan,
SEDAR untuk mencipta kekuatan,
SEDAR untuk memimpin perpaduan.
Permulaannya adalah dari dalam diri, dalam masa yang sama ia dipatri dalam jiwa insan sekeliling yang juga sedang mencari.
Merenung ke hadapan itu adalah satu KEMESTIAN,
Menoleh ke belakang itu adalah satu KEPERLUAN,
Dua pandangan dalam satu keadaan.
Tak susah andai matlamat yang cuba dibina adalah untuk KEBAIKAN.

Proses PEMBAIKAN ini bukan mengambil masa sehari dua atau seminggu lebih. Ianya akan berjalan selama-lamanya, kerna SYURGA DAN REDHA ALLAH itu tidak dihargakan, maka usaha kita juga tidak boleh dinilai-nilaikan.....

Mahu jadi Insan yang memasak dalam 6 tunjang KEIMANAN dalam hati,
bukan hanya kerna ia adlah keperluan realiti,
tapi ia sebenarnya kewajipan seorang abdi.


~manusia menghayati kehidupan dari pelbagai aspek dan sudut,
bukan semua memandang kehidupan dengan pandanagn yang sama~

Sunday, 30 December 2012

Yang DICARI

Salam Mabruk Muqaddam

Untuk semua Graduan Harapan Ummah.

Moga titian BAHAGIA ini menjadi batu loncatan kepada bahagianya UMMAH yang menunggu kalian sekian lamanya.
Setelah hampir 15 tahun atau lebih, kalian berjuang kini ALLAH sampaikan kalian di penghujung titian ini. Satu yang mahu DIA kalian tahu, penghujung ini, bukanlah penghujung segala-galanya. Andai kalian menilai ini yang terakhir, maka, harus sama-sama kita muhasabah,di mana letak niat kita yang sebenarnya?
Menempuh segala permasalahan dlam masa 15 tahun bukanlah sesuatu yang kecil, jika diamati bagaimana,datang dan pergi permasalahn itu pasti kita sama-sama tersenyum. Mengenang masa yang kita tempuhi dahulu.

Setelah 15 tahun ini ber akhir, harus ada sesuatu dalam diri kalian, meneruskan misi 'YANG DICARI?'
Cita-cita telah direalisasi, impian telah dipenuhi cuma jumpakah apa apa YANG 'DICARI?'
Apa yang kalian cari selama 15 tahun ini?

Kerja yang BAGUS?

Harta yang MELIMPAH?

Jodoh yang SEMPURNA?

Pangkat yang BESAR?

harus sama- sama buat 'checklist'!
takut-takut tersasar dari dasar yang utama?

Ingatlah,
Hidup kita bukan hanya milik kita!
Hidup kita adalah untuk perkongsin BERSAMA!
Hidup ini bukan percuma, hidup ini ada perdagangannya!
Cuma kita yang harus bijak menongkahnya, agar kita pemilik bahagia yang hakiki.

Tidak salah mendambakan Kerja yang BAGUS, andai habuannya untuk perkongsian BERSAMA tidak kira sama ada apa yang dikongsi itu dalam bentuk material mahupun spritual!
Tidak salah andai mengharapkan Harta yang MELIMPAH andai ianya diurus secara sistematik dan diperuntukkan untuk mereka yang BERHAK,
Tidak salah andai mengimpikan Jodoh yang SEMPURNA, andai pertalian itu diinfaqkan ke jalanNYA, menampung kekurangan, menngilap kelebihan pembangunan modal insan,
jua tetap tidak menjadi satu kesalahan andai bercita-cita untuk mendapatkan Pangkat yang BESAR, asal nanti semua kekuasaan itu bisa membenam keduniaan di sisi keakhiratan....

Kita manusia biasa yang memiliki keinginan yang sama seiring dengan ada fitrah dan nafsu yang tercipta.
Namun ALLAH mahu kita menjadi yang LUAR BIASA. DIA mahu kita mencipta diri kita ke arah yang lebih ISTIMEWA melalui kejadian kita yang biasa-biasa. Mampukah kita?
Kita pasti MAMPU dan TERLEBIH MAMPU kerna ALLAH jua meyakini kita memang MAMPU!

Lihat sahaja sorotan ayat ALLAH yang menukilkansejarah penciptaan kita?
Bagaimana sang MALAIKAT bertanya dengan persoalan lalu DIA menjawab dengan jawapan?

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".




 
Kita akan menjadi kita yang sekarang, 
andai kita tidak mencorak masa depan dengan terang,
kita tak akan menjadi kita yang baru,
andai kita masih leka dengan kenikmatin yang sentiasa menderu ...   


Selamat menempuh alam baru untuk 'jiwa-jiwa' yang sedang berbahagia. Teruskan misi kebahagiaan ini dalam menyempurnakan apa 'YANG DICARI'
semoga kalian menjadi generasi tentera AL-FATEH  versi alaf 21.
Selamat mengemudi alam ummah yang banyak kekurangan yang sentiasa menunggu 'tangan-tangan' kalian untuk mengislahnya.

Doakan ana yang masih meniti hari, sedikit ketinggalan, dan ada rasa sedikit terkilan jua penyesalan, yang kadang-kadang datang tanpa sedar. hamdan liLLAH ala kulli hal belajar menjadi insan yang REDHA. 
MEMERHATI DAN MENIKMATI dua posisi yang berbeza,
ana yang menjadi si pemerhati,
kalian menjadi mereka yang menikmati,
namun kehidupan yang hakiki, tidak membezakan posisi-posisi ini,
kalian harus beringat,
ana juga perlu beringat...


doakan ana, sedang meniti alam peperiksaan tahun 1, fasa 1, pengjian bahasa arab. 
Serius,rindu masa kita bersama, suasana exam kita di sana.
hamdan liLLAh jika ditanya BAGAIMANA???
biar ana jawab.......
Hamdan liLLAH kheir semuanya tahu sebab apa???
bukan seronok sebab boleh jawab!!
bukan gembira sebab soalan senang!!
 sebenarnya ada jer soalan yang tak 'tergigit'
ada jer soalan yang DUKTURAH yang tak berbalas jawapan...

KHEIR sebab, ALLAH bagi KETENANGAN,
walau tersasar dari dasar,
walau hilang kefokusan dan keyakinan,
memang awesome!!!
tak tahu nak gambarkan camna...

Dalam masa 2 tahun ni, banyak ana belajar,
 biarpun sering diuji.
biarpun sering terduduk
memikirkan masa hadapan,
walaupun sentiasa keraguan,
walaupun sentiasa tiada keyakinan,
tapi.....
satu yang ana sangat bahagia,
DIA cipta KELOMPONGAN,
lalu DIA yang akan TAMPAL semula....
kehidupan kita semua sama....
Doakan ana yer SAHABAT-SAHABAT
 

salam JUanG tanpa HenTI,
 moga kalian BAHAGIA meniti PASTI..

-adilah mohd safiuddin-
el-toob ramly,madinah nasr,
Cairo, Egypt

 


Tuesday, 27 November 2012

...:::IBU motivator TERBAIK:::...

Menjadi manusia yang terarah, setiap jiwa harus menempuh jalan mujahadah. Sedikit sebanyak fizikal dan mental harus diperkemas,  menempa bahagia pemberian dan anugerah, menempuh sakit jatuh dan rebah. Sekuat mana pun jiwa kita, setebal mana pun keampuhan semangat kita, adakalanya kita tersasar dalam pemanduan menuju langit impian dan harapan. Bukan tidak masak dengan lumrah alam, tapi  tak betah bertahan dengan godaan dan cabarannya yang seringkali menganyam kelekaan dan kelemahan dalam diri.

Benar ALLAH, sudah menjanjikan pelbagai pertolongan melalui pelbagai cara dan jalan. Tapi yang namanya manusia, mereka seringkali leka dan lupa. Sirna menilai intipati seruanNYA. Dalam masa itu, ALLAH tahu, jiwa-jiwa ini memerlukan perantaraan yang lebih zahir dan nyata untuk membimbing menyelusuri jalanNYA. Selain kekasihNYA, ULAMA'NYA ada satu jiwa yang  tak pernah lelah memberi, tak pernah berhenti menemani. tika bahagia, 'dia' teman, tuka kecewa 'dia' kawan. Setiap masa, bila helaan nafas terhela, semangat'nya' dibawa.

Ibu,
selama nadi berdetak,
selama jasad bergerak,
ada kekuatanmu yang mencorak,
langkah sang anak..

Biar engkau hanya seorang ibu,
namun posisimu beribu,
kasihmu,
sayangmu,
cintamu,
kekuatanmu,
keluhuranmu,
bukan palsu....

Ibu,
kau kongsi kekuatanmu, biar engkau sebenarnya kelemahan,
kau pertaruhkan masamu biarpun engkau kelelahan,
engkau korbankan segalanya biarpun engkau tahu tiada sebarang pulangan...


Jiwa sang ibu, bukan sebarang jiwa. ALLAH hadirkan buat kita, melindungi, memelihara, menyayangi kita setulus hati. Dia hanya insan biasa seperti kita, tapi jiwanya ibarat dunia dan seisinya.


-Terlalu merindui IBU-
biar tiap-tiap hari, dia dihubungi, namun sang hati tak pernah berhenti merindui....

Tuesday, 20 November 2012

Episod TARBIAH

Rindu menyingkap tadbir kenangan semalam...

Peredaran masa yang penuh dengan tinta-tinta TARBIAH,
Setiap detik terlukis hikmah & pengajaran,
Setiap masa terlakar indah peringatan,
Walau rimas diikat peraturan,
Walau jemu menjalani rutin harian,
Tapi di situlah terselit erti kebahagiaan...

Teringat,

Bagaimana kerahan tenaga seorang GURU mencetak rapi sahsiah peribadi generasi harapan ummah. Masa MEREKA disusun sepadat mungkin,hingga medan ini menjadi keutamaan yang paling AULA. Tidak cukup dengan itu,waktu-waktu kerehatan yang MEREKA ada,habis diinfaqkan untuk jiwa-jiwa yang baru merangkak untuk bermula. MEREKA tidak pernah mengeluh apatah lagi mengungkit,sedangkan MEREKA sendiri tidak pernah dijamin dengan sebarang KEPASTIAN ataupun KENYATAAN bahawa jiwa-jiwa yang MEREKA pegang inilah bakal menggegar dunia...

Hari ini,
Setelah menempuh warna-warni pentarbiahan,
Ada senyuman kebahagiaan yang terlakar,
Sedangkan dahulu,
Jiwa ini memberontak menyelusuri manhaj-manhaj pentarbiahan,
Ada sahaja keluhan,ada sahaja rungutan,
Namun hari ini,
Semua itu menjadi kebiasaan & kemestian,
Bayangkan...
Usrah,Nadwah,Tamrin,Mukhayyam,Simposium...
Belum lagi diperincikan dengan taklifan &wirid harian...
Bak kata jiwa yang buta "dah nak termuntah menghadap ini semua"...

Bila namanya TARBIAH,
Tidak semua orang suka & boleh terima dengan selesa,
Ada sahaja bila tiba waktu & ketika,
Jiwa ini resah & gelisah dibakar nafsu...
Manakan sanggup bertahan bila TARBIAH ini diteruskan,
Makaa,
Bermula pula epiaod 'IQAB pelbagai variasi,
Menjinakkan nafsu yang tegar menghindari sentuhan tarbiah...

-------------------------

Paling bermaka, kebahagiaan hari ini,
Milik jiwa-jiwa ini hakiki dan ma'nawi..

Pernah satu ketika, GURU saya berpesan...
ALLAH itu dicintai oleh berjuta-juta jiwa bahkan lebih dari itu, walau DIA sudah memilih jiwa-jiwa yang tertentu menjadi ahbabNYA, kita jangan pernah berhenti untuk terus memilih DIA menjadi kecintaan kita yang TERUTAMA..benar... kita haqir...betul....kita faqir... Tapi dengan kesungguhan kita inilah tanggungjawab dan amanah yang tidak bisa kita abaikan. Menjadi antara AhbabNYA memang keinginan kita...tapi menjadi hamba yg x berputus asa itu adlah tanggungjawab & amanah kita...jangan berhenti walau DIA tidak memandang kita...dan ketahuilah itulah sebenar2 nikmat agar kita terus mencari DIA...usah bimbang, jika benar niat kita, PANDANGAN itu disimpan istimewa untuk kita di akhirat sana..."

~merindui hujanan tarbiah membasahi gersang sang hati..~

Andai saya tersasar...capai tangan ini, sebelum hati keras membatu...
ALLAH.

Saturday, 17 November 2012

CINTA YANG SIRNA

...:: Pentas sketsa CINTA SANG HAMBA::...


Pentas dunia ini sememangnya dijadikan untuk kita sama-sama beraksi. Bukan memeperlihatkan kehebatan kepada alam dan seisinya. Bukan jua menempa sejarah untuk disanjung dan diangkat tinggi. Pentas ini hanya tempat untuk kita beraksi memperlihatkan kesungguhan kita mendapatkanNYA. Biarlah menapak lambat mahupun berlari cepat, itu semua bukan ukuran, yang menjadi pokoknya ialah kekuatan dalam memacu keinginan dan kemahuan kita mencari pandanganNYA. Pandangan yang tiada tandingan, andai terpanah ke hati, maka tertusuk iman, lalu mengalir fitrah yang  merindui sentuhan DIA.

Kerinduan yang diterjemah dengan air mata, belum cukup untuk mencagar makna kemahuan kepadaNYA. Jiwa yang sedar adalah jiwa yang sentiasa bergerak dengan pembersihan hati, akal dan jawarih. SYURGA, tidak cukup dibayar dengan amalan soleh dan kebajikan yang berterusan. Andai DIA menyingkap bersih gunungan amal seorang hamba, adakah semuanya bersih tanpa palitan noda yang mencemarinya.

alangkah ruginya buat jiwa yang disentuh DIA, lalu mati dek palitan kenikmatan dunia. Lihatlah betapa 'nikmat'nya dunia di pandangan manusia yang mencabut indah getaran sentuhanNYA. betapa banayk jiwa yang dihargaiNYA, tersasar di pemanduan kerna sedikit jelingan yang dipaling kepada dunia dan seisinya......

"Andai sang jiwa tahu,
betapa DIA merindu,
rintihan yang bertalu-talu,
tidak berhenti-henti mengadu,
sudah pasti.
dunia itu ditinggalkan berlalu tanpa ragu..."


Belajarlah mebaiki jiwa, sedikit demi sedikit,,,,,
hanya satu yang perlu dipegang,buang keegoaan yang melulu, di dunia ini, hanya hukum alam yang melebihkan manusi dengan manusia lain melalui kayu ukur KELEBIHAN & KEBOLEHAN...
tapi DIA hanya mengukur cukup dengan mizan TAQWA.....
tidak kira peribadi dan latar belakang apatah lagi rupa dan gaya.....


Sudah lama kita tidur... di pembaringan keasyikan dunia...
dibuai indah kenikmatan dan kesenangan,
disogok kemewahan dan kemudahan....
Bukan tidak sedar tapi lambat menangkap erti kecintaan dan kerinduan yang sebenar....

Mahukan DIA,
kesenangan itu mesti diganti dengan kesusahan,
kemudahan itu perlu ditukar kepada kepayahan,
kemewahan itu dikurangkan kepada kesederhanaan...
Mahukan DIA,
perlu konsisten dan berterusan,
bukan seperti main 'aci ligan'
berhenti bila keletihan..



~ sedang mencintai DIA, tapi gagal berjuta kali di tangan 'dunia'~
alpa disogok kenikmatan,tenggelam di lautan keseronokan...
tanpa sedar, hati ini lemas tanpa kata rindu dari TUHAN,
mencari tebing simpati dari DIA...

Saturday, 10 November 2012

SAAT PECAHNYA PERSPEKTIF BATU

kenangan lalu, memaku rindu


Dulu , jahil memahami erti ukhuwah, tidak mampu menilai dan menghayati erti ukhuwah. Yang difahamai, kalau berukhuwah mesti semuanya yang bahagia-bahagia. Mesti Sahabat yang memahami, mesti Sahabat yang satu fikrah, mesti Sahabat yang sama 'dunia'nya dengan jiwa....Aduh...susah ditemukan.....
Benarlah perrbezaan itu mengajat erti menghargai. Perbedaan yang ada sebenarnya perlu dipandang tinggi kerna ia membuatkan kita memahami erti keunikan. Jujur, andai anda selalu melalui rentak perjalanan ynag sama, anda lupa memberi perhatian pada sekeliling. Dalam pemikiran anda semua benda sama, baik-baik, tak perlu difikirkan apatah lagi dirisaukan. 

Tiada ekspresi yang menarik untuk digambarkan pada dunia, bahawa kehidupan ini luar biasa, kerna, saban waktu, saban ketika, masih menjalani benda yang sama. Dulu saya masih ingat, bagaimana saya menilai ukhuwah di perspektif saya....cukup buruk. Hanya berada di satu persada lalu berlegar-legar di sekelilingnya. Bila saya berjalan sedikit demi sedikit,memecahkan keras perspeksi yang 'batu' ini, akhirnya saya temukan percikan aliran rasa yang begitu selesa, benar, biar susah melaluinya, tapi itulah keputusannya. memahami orang lain, mengerti kemahuan dan kehendak mereka, menjiwai keperibadian mereka, membaca halus sikap mereka, susah kita temukan walau hanya 25% perkara yang SAMA dan SERUPA.
Tapi setelah bisa mengemudinya, ia dirasakan amat mmaku bahagia dalam jiwa. kita belajar untuk menyesuaikan diri, mengawal diri, berkongsi dan melengkapi.

sedar, untu menjiwai kisah yang semalam saya pasti yidak ampu kembali! walau hanya seditik. Tapi DIA tetap beri hari,waktu,masa,saat dan ketika ini. Saya mahu menghaggai dengan sedaya mampu . Bikan membuang diri yang dulu tapi meng'upgrade' sejarah yang sudah berlalu. Masa silih berganti, mengajar saya banyak pelajaran, Mungkin hanya secebis dua yang di mata  manusia bukan apa2. Tapi bagi saya, ia amat bermakna. Saya dah tertibggal banyak benilaian lebih 20 tahun yang lalu, saya kini hanya mahu berjalan ke hadapan mencari nilai baru untuk dipraktik dalam keadaan semasa dan menilai apa yang telah lalu.

Saya amat merindui jiwa-jiwa yang menemani saya berjalan satu ketika dulu. Ingat bagaimana jurang di antara kami, mencetus revolusi yang menyebabkan kami saling membenci bila tiba waktu dan ketikanya. Membuat kami saling menyakiti untuk menjaga ego dalam diri.... Itu dulu... kini, saya rasakan saya temukan apa kebahagiaan dan ketenangan di sebalik semua itu...biar sudah terlambat untuk menunjukkkan dan melakukannya tapi masih BELUM TERLAMBAT untuk saya menyatakannya.
Manusia....sering-sering mengungkit kisah yang sudah terlepas. sedikit demi sedikit,fitrah ini, bukan untuk kita meratapi apa yang telah lalu tapi sebenarnya bersedia belajar dari kisah lepas untuk mencipta peluang baru di masa hadapan. Kini, saya menghayati ukhuwah dengan perspektif yang baru.....